Ekspedisi Santai Bukit Larut
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera
Program rekreasi anjuran KKSSK kini kembali dengan program Ekspedisi Santai Bukit Larut. Program ‘Hiking” selama satu hari dengan kerjasama Pusat Islam Kampus Kejuruteraan bakal dijalankan pada 23 Februari 2019.
Sehubungan itu semua warga kampus adalah dijemput untuk menyertai program ini dalam usaha memupuk gaya hidup sihat dan semangat mencintai alam semulajadi.
Bagi yang berminat, boleh menghubungi wakil penganjur di talian seperti dinyatakan di dalam iklan
Jom, daftar segera. Tempat adalah terhad.