• kinabalu1

  • basikalbanner1

  • badmintonbanner3

FB BANNER WEB


SUKJAB 2017 - INDOOR GAMES MEREBUT PIALA PROF. DR. AMINUDDIN AB GHANI

indoor
 
Kejohanan Sukan Antara Jabatan (SUKJAB) kini kembali merancakkan dunia sukan staf Kampus Kejuruteraan.
 
Bermula 06 Mac 2017, acara bagi permainan Indoor Games, merebut Piala Profesor Dr. Aminiddin Ab Ghani bakal bermula. Sebanyak 3 permainan akan dipertandingkan iaitu Dart,Karom dan juga Catur. Jom bersama-sama kita memeriahkan pertandingan Indoor Games yang julung-julung kali di anjurkan oleh KSSK dan menyokong pasukan masing-masing .
 
Sila klik <<SINI>> bagi memuat turun borang pendaftaran pasukan, jadual perlawanan dan juga syarat-syarat pertandingan.

 

SUKJAB 2017 - BOLASEPAK PIALA PROFESOR IR. DR. MOHD ZULKIFLY ABDULLAH

BOLASEPAK

Kejohanan Sukan Antara Jabatan (SUKJAB) kini kembali merancakkan dunia sukan staf Kampus Kejuruteraan.

Bermula 16 Januari 2016, acara bagi permainan Bola Sepak 7 Sebelah merebut Piala Profesor Ir. Dr. Mohd Zulkifly Abdullah bakal bermula. Jom bersama-sama kita turun ke padang bagi menyokong pasukan masing-masing dan memeriahkan perlawanan ini.

Klik SINI bagi borang pendaftaran pasukan, jadual perlawanan dan juga syarat-syarat pertandingan. 

 

GEMPAK SANTAI KKSSK 2017

BANNER FAMILY DAY 01 900

Buat julung kalinya, KKSSK akan menganjurkan Hari Keluarga KKSSK 2017 atau lebih dikenali sebagai GEMPAK SANTAI 2017 yang akan berlansung di Pakya Chalet & Mini Camp, Teluk Senangin, Perak pada 4 dan 5 Februari 2017.

Program yang dijangka mendapat sambutan hangat ini bertujuan meraikan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan para ahli KKSSK. Pelbagai program menarik dan sesuai untuk seisi keluarga telah dirancang sepanjang acara berlangsung seperti :

  • Explorace
  • Kids Night Camping
  • Kids Camp Fire & Storytelling
  • Sukaneka
  • Beach Volleybal & Beach Soccer
  • BBQ
  • Tazkirah
  • Pertandingan Memancing

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Disember 2016 dan termpat adalah terhad. Hubungi Cik Liza (6404) untuk pertanyaan dan maklumat lanjut program. 

Marilah sama-sama kita memeriahkan Hari Keluarga KKSSK 2017. Daftar Segera ...!!

Borang dan tentatif program boleh di muat turun di bahagian menu BORANG, atau klik SINI