• kinabalu1

  • basikalbanner1

  • badmintonbanner3

FB BANNER WEB


Badminton SUKJAB2019 - Piala Profesor Dr. Hamidi Abdul Aziz

CHAMPS BADMINTON 2019 01xx

Badminton SUKJAB2019 merebut Piala Profesor Dr. Hamidi Abdul Aziz telah melabuhkan tirainya hari ini dengan kejuaraan terbukti masih kekal bersama Zon 2. Tahniah diucapkan kepada pasukan Zon 2 di atas kejayaan merangkul kejuaraan sekali lagi pada tahun ini. Tempat kedua berjaya disandang oleh pasukan dari Zon 5 manakala Zon 1 di tempat ketiga dan diikuti Zon 6 ditempat ke 4.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang bertanding.

Untuk melihat gambar-gambar sepanjang kejohanan, sila layari dan LIKE Facebook rasmi KKSSK di pautan di bawah:

https://www.facebook.com/kksskusm/

KKSSK Explorace 2018

49656214 2292635244306537 1039661576333819904 o

 

Aktitivi riadah ini merupakan salah satu program yang popular di Malaysia. Program ini dirancang khas bertujuan mewujudkan semangat kerjasama yang lebih erat di kalangan ahli KKSSK dan juga penglibatan ahli keluarga staf sambil bersantai dihujung minggu sempena musi cuti persekolahan.

Majlis Perasmian dan Penyerahan Galanggang Serbaguna Futsal/Sepaktakraw Kampleks Sukan Kampus Kejuruteraan USM

46521674 2259390354297693 7204149357992476672 o

Majlis perasmian dan penyerahan Galanggang Serbaguna Futsal/Sepaktakraw Kampleks Sukan Kampus Kejuruteraan USM telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus, Profesor Nor Azazi Zakaria.

Majlis turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah Pusat Sukan, Penyelaras Ko-Kurikulum Kampus Kejuruteraan, Pemangku Pengarah Pusat Islam USM, Pegawai Keselamatan Kampus Kejuruteraan dan wakil Jabatan Pembangunan.

Pertandingan futsal dan sepaktakraw antara staf dan pelajar dianjurkan bagi memeriahkan majlis.

Ekspidisi Santai Kayak Pulau Pak Tuan

46373409 2256664501236945 1753728648394833920 o

Semalam selamat berlansung program Ekspidisi Santai Kayak Pulau Pak Tuan bagi para exco, wakil-wakil jabatan dan juga ketua-ketua permainan KKSSK.

Acara yang sangat meriah ini telah diadakan di kawasan Tasik Bukit Merah dan Pulau Pak Tuan. Program juga melibatkan ahli keluarga dan turut dihadiri oleh pengerusi KKSSK, Profesor Nor Azazi Zakaria bersama isteri.

Program dimeriahkan dengan pelbagai sukaneka dan peserta berpeluang menaiki bot ke Pulau Pak Tuan sambil menikmati keindahan Tasik Bukit Merah.

SUKJAB 2017 - PETANQUE MEREBUT PIALA PROFESOR DR. ZUHAILAWATI HUSSAIN

PETANQUe

Kejohanan Sukan Antara Jabatan (SUKJAB) kini kembali merancakkan dunia sukan staf Kampus Kejuruteraan.

Bermula 03 April 2017, acara bagi permainanPetanque, merebut Piala Profesor Dr. Zuhailawati Hussain bakal bermula. Jom bersama-sama kita memeriahkan pertandingan Petanque yang julung-julung kali di anjurkan oleh KSSK dan menyokong pasukan masing-masing .

Sila layari menubar SUKJAB untuk bagi memuat turun borang pendaftaran pasukan dan juga syarat-syarat pertandingan.