FB BANNER WEB

PERLAWANAN BADMINTON MENENTANG JPS JAWI

DP7 4237

NIBONG TEBAL, 22 September 2015 - Satu perlawanan badminton persahabatan diantara pasukan badminton KKSSK menentang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jawi telah berlangsung di Kompleks Sukan, Kampus Kejuruteraan dan menjadi titik permulaan yang baik bagi pasukan badminton KKSSK untuk masa hadapan.

DP7 4497

Perlawanan yang melibatkan 5 regu telah memperlihatkan saingan sengit diantara kedua-dua pasukan. Perlawanan bermula seawal jam 8.30 malam dengan keputusan memihak kepada pasukan KKSSK dengan keputusan 3-2

Kapten pasukan badminton bagi perlawanan ini, Encik Zawahe Shuaid yang juga Exco Sukan berkata, "Perlawanan pada malam ini diharap mampu menarik lebih ramai ahli kelab KKSSK untuk sama-sama turut serta dalam aktiviti sukan badminton di Kampus Kejuruteraan".

DP7 4261

Untuk lebih gambar perlawanan, sila klik di SINI.