FB BANNER WEB

USM Cemerlang di UTP Convoride 2015

IMG 5793xxx

TRONOH - 04 Oktober 2015, Pasukan berbasikal USM, atau lebih dikenali USM Cycling Team beraksi cemerlang di UTP Convoride 2015 apabila memenangi 3 tempat bagi 5 pelumba terbaik kategori Terbuka IPT di kejohanan tersebut.

USM Cycling Team (USM.CT) di bawah pengurusan KKSSK telah menghantar seramai 8 orang pelumba untuk kejohanan kali ini yang bertempat di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. Pasukan kali ini diwakili oleh 4 orang pelajar dan juga 4 orang staf, dan pembiayaan kejohanan pada kali ini telah mendapat pembiayaan daripada Pusat Sukan dan Rekreasi, USM.

IMG 5807xxx

Kejohanan bermula seawal jam 7.30pagi dan meliputi kawasan kayuhan sekitar Tronoh dan juga Kampus UTP sejauh 45 kilometer. USM.CT menjuarai kategori Terbuka IPT menerusi Abdul Halim Che Aat, dan diikuti di tempat keempat dan kelima menerusi Muhammad Syamim Abdul Razak dan Mohd Taufik Ibrahim.

IMG 5866xxx

Kejayaan kali ini dilihat sebagai pembakar semangat baru dan kehadiran lebih ramai pelumba-peluba pelapis pada masa akan datang bagi sukan berbasikal untuk mewakilil KKSSK dan juga USM.

Text/Foto : Abdul Hafiz Abdul Hamid