CERAMAH INTERAKTIF : CABARAN & PANDUAN MENDIDIK ANAK DI ZAMAN DIGITAL
NIBONG TEBAL, 07 Oktober 2015 - Warga kampus kejuruteraan dan juga penduduk sekitar telah dihidangkan dengan satu sesi ceramah interaktif bertajuk Cabaran & Panduan Mendidik Anak Di Zaman Digital telah disampaikan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi, Dr. Mohd Shukri Abdullah bertempat di Dewan Auditorium, Kampus Kejuruteraan, USM
Program ini telah dijayakan bersama-sama oleh Persatuan Staf Islam Kampus Kejuruteraan (PSI), Kesatuan Kakitangan Awam Kampus Kejuruteran (KKA) serta Kelab Kebajikan dan Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK) dengan sokongan daripada pihak universiti. Kehadiran lebih kurang 350 peserta dari dalam dan luar kampus memperlihatkan sambutan hangat terhadap keperihatinan ibu bapa dalam isu-isu berkaitan tatacara mendidik anak-anak yang berkesan.
Ceramah berkisarkan tentang cabaran yang dialami oleh ibu bapa zaman sekarang di dalam menangani dan mendidik anak-anak yang membesar di era digital. Tips-tips berguna dalam mengelak gejala-gejala sosial akibat peredaran serba canggih teknologi digital dan cara-cara menjadi pembimbing yang berjaya di dalam keluarga.
Turut hadir adalah pengerusi program, Profesor Madya Dr. Roslan Bin Ahmad dan juga Ustaz Mohammad Shukri Osman yang bertindak sebagai pengacara majlis. Majlis bermula pada jam 02.30 petang dan berakhir sekitar jam 04.30 petang.
Teks: Abdul Hafiz Abdul Hamid / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin