FB BANNER WEB

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN MENENTANG KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

DP7 4685xxx

NIBONG TEBAL - 09 Oktober 2015, Perlawanan persahabatan bolasepak diantara KKSSK FC dan Kolej Vokasional Kuala Kangsar berlansung dalam suasana meriah walaupun hujan renyai pada permulaan perlawanan sedikit melewatkan sepak mula.

DP7 4548xxx

Perlawanan dihidangkan dengan 5 gol dari kedua-dua pasukan dan berkesudahan kemenangan berpihak kepada KKSSK FC dengan keputusan 3-2 meskipun perlawanan terpaksa ditamatkan dipertengahan separuh masa kedua. Pengadil perlawanan terpaksa menamatkan perlawanan lebih awal akibat cuaca yang tidak mengizinkan dan atas faktor keselamatan semua pemain.

DP7 4643xxx

Gol-gol perlawanan telah dijaringkan oleh Mohammad Syafiq Mustapa Shukri, Zulfahmi Adli Arzahar dan juga Muhammad Syazwan Najmi Said bagi pasukan KKSSK FC. Manakala gol--gol daripada pasukan Koleh Vokasional Kuala Kangsar pula dijaringkan oleh Aidil dan juga Nazim. Perlawanan sengit dan serangan bertubi pihak lawan memaksa penjaga gol KKSSK FC, Muhammad Jamaludin Mohd Nor dari Pusat Bahasa Literasi dan Terjemahan bekerja keras menangkis segala percubaan.

DP7 4666xxx

Ketua pasukan Kokej Vokasional Kuala Kangsar, Khairul Esma Ramlee ketika diterumah berkata "Matlamat pasukan untuk memenangi perlawanan ini tidak tercapai, namun bekalan 2 gol ditempat lawan diharap dapat membantu dalam perlawanan timbal balik yang akan dirancang pada masa hadapan"

Untuk melihat lebih banyak gambar perlawanan, sila klik SINI.

Foto/Teks :
Abdul Hafiz Abdul Hamid
Exco Publisiti KKSSK