FB BANNER WEB

KKSSK Cemerlang Melayan Kunjungan IPSAH

DP7 7622

NIBONG TEBAL – 05 NOVEMBER 2015, Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK) hari ni menerima kunjungan Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH) dalam perlawanan persahabatan bolasepak, badminton dan juga bola jaring.

Perlawan yang telah diatur berlangsung sekitar kompleks sukan Kampus Kejuruteraan telah memperlihatkan masing-masing menyenaraikan pemain-pemain terbaik masing-masing dalam ketiga-tiga perlawanan.

Perlawanan bola sepak bermula dalam keadaan cuaca mendung dan memperlihatkan kehebatan KKSSK seawal separuh masa pertama perlawanan apabila unggul mendahului pihak lawan dengan jaringan 4-1. Separuh masa kedua memaksa kedua-dua pasukan mempertingkatkan usaha apabila terpaksa bermain di dalam hujan lebat. Namun pihak KKSSK tetap mempamerkan permainan yang konsisten apabila menang bergaya keatas IPSAH dengan jaringan 8 gol berbalas 2.

DP7 7722

Ketua pasukan KKSSK, En. Ahmad Yazid Yahya  berkata “Kemenangan bergaya kali ini memperlihatkan komitmen, kesungguhan serta mutu permainan pasukan KKSSK semakin meningkat hari demi hari dan dengan kejayaan ini diharapkan lebih ramai pemain-pemain dari kalangan staf kampus kejuruteraan yang akan sama-sama memeriahkan sukan bolasepak di USM Kampus Kejuruteraan”.

DP7 7753

Sementara itu pasukan bola jaring KKSSK juga tidak kurang hebatnya walaupun keterbatasan pasukan untuk menjalani latihan tidak menghalang bakat mereka untuk terus bersinar. Pasukan bola jaring KKSSK mempamerkan kualiti perlawanan yang baik apabila menundukkan pasukan IPSAH dengan jaringan 22 berbalas 12.

DP7 7495

Kejayaan ini semestinya boleh menjadi pembakar semangat dan juga dorongan kepada staf-staf wanita di kampus kejuruteraan agar lebih aktif dan menjadikan pasukan bolajaring KKSSK antara pasukan yang disegani.

DP7 7510

Pasukan badminton KKSSK juga tidak mahu ketinggalan dalam meneruskan kecemerlangan atlet KKSSK apabila Berjaya membenam pasukan badminton IPSAH dengan skor keseluruhan 6-1.

 DSC6200

Pasukan badminton KKSSK diterajui oleh exco sukannya sendiri, En. Zawahe Shuid memulakan perlawanan pertama menerusi regu Abdul Hisham Sulaiman dan Mohd Khairil Anuar. Pihak lawan tidak mampu menahan kehebatan regu ini apabila tewas “straight set” dan ini memberikan semangat yang tinggi kepada regu lain dalam mengharumkan nama KKSSK.

 DSC6202

Kunjungan perlawanan persabahatan ini diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi ramah mesra antara staf IPSAH dan juga KKSSK.

Keseluruhannya pihak KKSSK sangat berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain dan penyokong KKSSK pada perlawanan kali ini. Semoga lebih banyak program dan juga kunjungan seperti ini dapat dilaksanankan di dalam kampus dan juga luar kampus dalam menjadikan perkembangan sukan di kalangan staf USM Kampus Kejuruteraan terus meningkat.

Untuk melihat lebih banyak gambar perlawanan, sila klik SINI

Text : Abdul Hafiz Abdul Hamid
Foto : Abdul Hafiz Abdul Hamid / Bani Faidzzainami Baniyamin