IMEJ BARU SUKJAB KKSSK: ZON PTJ DISUSUN SEMULA

DP7 8430 900

 

Exco Kelab Kebajikan dan Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK) dengan persetujuan wakil-wakil Jabatan serta Pengarah dan Timbalan Pengarah SUKJAB KKSSK telah mencapai kata sepakat untuk memberi imej baharu Sukan Antara Jabatan (SUKJAB) dengan menyusun semula kumpulan zon Pusat Tanggungjawab (PTJ). Jumlah kini adalah sebanyak enam zon mengikut jumlah pusat pengajian berbanding lapan zon sebelum ini.

Berikut adalah kumpulan zon PTJ yang telah dipersetujui:-

Zon PTJ
1 PPK Kimia / Jabatan Keselamatan / BHEPPA/ Pusat Islam
2 PPK Bahan & Sumber Mineral/Jabatan Pendaftar/Pejabat Pengarah Kampus/SERC
3 PPK Elektrik dan Elektronik/PPKT/Desasiswa Lembaran/CEDEC
4 PPK Awam/ REDAC/ PP Bahasa Literasi dan Terjemahan / Desasiswa Jaya
5 PPK Mekanik / Perpustakaan / Unit Kesihatan / Ko-Kurikulum / Desasiswa Utama
6 PPK Aeroangkasa / Jabatan Pembangunan / Bendahari / UKKPU

Kumpulan zon baharu ini akan beraksi pada SUKJAB 2016/2017 yang bermula pada Januari 2016 dan dijangka berakhir pada pertengahan 2017.

Selain daripada penyusunan semula kumpulan zon, tiga lagi acara sukan turut ditambah bagi merebut satu piala pusingan iaitu catur, dart dan karom. Adalah diharapkan dengan adanya pertambahan sukan ini, lebih ramai ahli KKSSK dapat menyertai SUKJAB, satu platform yang memberi ruang staf berinteraksi dalam suasana santai dengan penuh semangat kesukanan.

Teks : Cik Rosni Hasan

 

ixICON-PELAJARxICON-BAKAL PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE