FB BANNER WEB

PELAN KHAIRAT KEMATIAN BERKELOMPOK TAKAFUL

TAKAPUL

 

Perhatian buat semua ahli KKSSK.

Sukacita dimaklumkan Biro Kebajikan KKSSK bercadang untuk mengadakan pelan khairat kematian secara berkelompok dengan Takaful Malaysia bagi membantu ahli-ahli untuk meringankan beban waris bila berlaku kematian. Pelan takaful dicadangkan adalah seperti di bawah:-

 

PELAN         A                     B      C     D     E
Umur yang dicapai  01 - 64 tahun 01 - 64 tahun 01- 64 tahun 01 - 64 tahun  65 - 74 tahun
Kematian (Semua sebab)  RM 1,500  RM 2,500  RM 3,500  RM 5,000  TIADA
Keilatan Menyeluruh & Kekal (Semua Sebab)  RM 1,500  RM 2,500  RM 3,500  RM 5,000  TIADA
Perbelanjaan Pengebumian  RM 500  RM 500  RM 500  RM 1,000  RM 500
CARUMAN TAHUNAN   RM 15  RM 20  RM 25  RM 35  RM 25

 

Keputusan mesyuarat Exco KKSSK tempohari telah bersetuju untuk memilih Pelan B sebagai Pelan Khairat Kematian untuk ahli KKSSK yang berminat untuk menyertai pelan khairat berkelompok ini.

Sehubungan itu, kepada ahli KKSSK yang berminat untuk menyertai Pelan ini, tuan/puan diminta memberikan NAMA & NO KAD PENGENALAN kepada saya atau mana-mana Exco KKSSK atau wakil-wakil KKSSK di Jabatan tuan/puan selewat-lewatnya sebelum 18 Mac 2016 untuk tujuan pendaftaran dengan pihak Takaful.

Segala kerjasama dan jasa baik tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.