FB BANNER WEB

ZON 1 UNGGULI BOLA TAMPAR SUKJAB 2016

 IMG 9989

 

ZON 1 yang terdiri daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Jabatan Keselamatan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni serta Pusat Islam telah membuktikan kehebatan mereka setelah berjaya menjuarai Pertandingan Bola Tampar Piala Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed sempena SUKJAB 2016.

Sebanyak 8 pasukan daripada 6 Zon telah berentap di dalam kejohanan yang telah bermula semenjak 22 Februari 2016 sehingga 23 Mac 2016. PAsukan-pasukan telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada ZON 1 B, ZON 2 B, ZON 6 A, ZON 3, ZON 4 di dalam kumpulan A dan ZON 4 B, ZON 5, ZON 2 A dan ZON 6B di dalam kumpulan B.

IMG 0074

ZON 1membawa pulang Piala Pusingan apabila telah menundukkan pasukan pilihan dan juga merupakan pasukan yang telah lama memonopoli sukan bola tampar ini, ZON 4 dengan keputusan 25-18 dan 25-13. Biarpun tewas, pasukan ZON 4 yang terdiri daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Pusat Penyelidikan Sungai dan Saliran Bandar, Pusat Bahasa Literasi dan Terjemahan serta Desasiswa Jaya telah memberikan saingan yang sengit dan berjuang sehingga mata terakhir.

IMG 0005

Turut berlansung pada hari tersebut adalah perlawan penentuan tempat ketiga dan keempat di antara ZON 3 dan ZON 2 A yang akhirnya memihak kepada pasukan ZON 2 A dengan keputusan penuh, 25-13, 25-14. Kesemua perlawanan bertempat di gelanggang bola tampar, Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan. 

Pasukan ZON 1 telah mebawa pulang hadiah wang tunai dan juga piala pusingan yang telah disampaikan oleh presiden KKSSK sendiri, Profesor Nor Azazi Zakaria sebaik perlawanan tamat.

IMG 0066

Profesor Nor Azazi Zakaria di dalam ucapan ringkas semasa upacara penyampaian hadiah melahirkan rasa syukur atas kejayaan penganjuran sulung perlawanan SUKJAB bagi tahun 2016 ini dengan format dan pengurusan yang baru. Beliau juga menyatakan kejayaan ini telah membuktikan bahawa semangat kesukanan dan berpasukan itu mampu dipupuk melalui susunan semula pasukan-pasukan yang bertanding. 

Pihak KKKSK mengucapkan tahniah kepada semua yang bertanding terutama kepada pasukan yang menjuarai pertandingan kali ini. Di harapkan semangat ini akan diteruskan pada masa hadapan. Tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada pengarah kejohanan, En Mohd Ali Shahbana Mohd Raus serta penyumbang piala, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed

Untuk melihat gambar-gambar sepanjang kejohanan, sila klik SINI

Exco Publisiti
KKSSK