FB BANNER WEB

ZON 3 MENDOMINASI KEJOHANAN BOWLING SUKJAB 2016

1

 

PRAI - 23 APRIL 2016, Zon 3 yang terdiri daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan ELektrik & ELektronik, Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT), Desasiswa Lembaran dan juga Pusat Mikroelektronik Negara (CEDEC) mendominasi kejohanan SUKJAB Piala Profesor Dr. Mohd Rizal Arshad apabila menjuarai kejohanan ini dan juga membawa pulang hadiah "High Series".

Kejohanan yang telah berlansung di Megalanes, Megamall Prai telah mengumpul sebanyak lebih 60 pemain yang terdiri dari ahli-ahli KKSSK dari pelbagai PTJ. Kejohanan yang sering mendapat sambutan hangat ini sememangnya telah dinantikan oleh semua warga kampus dan seperti dijangka saingan pada kali ini nyata lebih sengit dengan keputusan yang lebih mendebarkan.

2

Zon 3 yang di wakili oleh Mohd Nurul Azrul Bin Mohd Yusuf, Mohd Hisham Bin Mamat Yusoff, Profesor Nor Ashidi Mat Isa, Cik Rosni Hasan, Mohd Rahmat Ariffin, Khairul Anuar Bin Ab. Razak, Ahmad Ahzam Bin Latib, Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud, Rohana Din, Rahmat Mat Nayan, Suhaimi Saibon dan Muhamad Azam Md Tajudin berjaya merangkul kejuaraan dengan kutipan jatuhan pin sebanyak 6620 pin. 

Tempat kedua di menangai oleh pasukan Zon 4A dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 6596 dan diikuti rapat oleh pasukan Zon 1 di tempat ke tiga dengan jatuhan pin sabanyak 6580 pin. Zon 6 berjaya membawa pulang mata kejohanan dengan berada di tempat ke empat dengan jatuhan oink sebanyak 6091 pin.

Zon 3 juga turut merangkul 2 lagi anugerah apabila berjaya membaya pulang gelaran "High Game" yang di menangi oleh Mohd Hisham Bin Mamat Yusoff dan juga gelaran "High Series" yang dimenangi oleh Cik Rosni Hasan masing-masing dengan jumlah jatuhan pin 222 bagi "High Game" dan 664 jatuhan pin bagi "High Series". 

3

4

Turut sama pada hari kejohanan adalah Presiden Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK), Profesor Nor Azazi Zakaria yang turut beraksi dalam acara VIP pada hari tersebut.

Untuk melihat gambar-gambar sepanjang kejohanan, sila klik SINI

Exco Publisiti
KKSSK