FB BANNER WEB

EXPLORACE MERDEKA KKSSK GEGARKAN PANTAI MERDEKA

IMG 5023

SUNGAI PETANI - 31 OGOS 2016. Pantai Merdeka, Sungai Petani digegarkan dengan kemeriahan Pertandingan Explorace Merdeka KKSSK 2016 yang julung-julung kali diadakan sempena menyambut bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-59.

IMG 4896

Pertandingan yang dianjurkan oleh KKSSK kali ini mendapat penyertaan seramai 9 pasukan terdiri daripa staf Kampus Kejuruteraan dan juga keluarga staf yang berkhidmat di Kampus Kejuruteraan. 

Pertandingan bermula seawal jam 8 pagi bertempat di Kampus Kejuruteraan dan tamat di Pantai Merdeka dan dilepaskan secara serentak. Kesemua pasukan di kehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan bermula dari tapak pelepasan sehingga tamat perlumbaan. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini telah disertai dari pelbagai lapisan peringkat umur dan mendapat respon yang baik dari semua peserta. 

IMG 4920

Pada perlumbaan sulung ini, pasukan yang terdiri daripada Encik Yazid Yahaya, Encik Zabri Daud, Encik Mohamad Firdaus Talib dan juga Encik Nor Faizullah Nor Azhar telah dinobatkan sebagai juara dan telah menerima hadiah berupa wang tunai, hamper dan juga plak juara. 

IMG 5031

Hadiah telah disampaikan oleh Naib Pengerusi KKSSK, Encik Said Saidin. Diharapkan pertandingan yang dapat mengeratkan hubungan sesama staf dan juga ahli keluarga seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan dan akan mendapat lebih banyak penyertaan daripada semua peringkat.