FB BANNER WEB

TENPIN BOLING PIALA PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN USM

Boling41

Satu pertandingan tenpin boling bagi merebut Piala Pengarah Kampus Kejuruteraan USM akan diadakan khas bagi staf akademik dan kumpulan pengurusan dan profesional gred 41 dan ke atas.

Pertandingan istimewa yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan bagi menyediakan platform untuk pegawai-pegawai Universiti dan pensyarah berinteraksi dalam suasana santai, memberi ruang pegawai-pegawai utama Universiti dan pensyarah merehatkan minda daripada hal ehwal akademik, penyelidikan dan pentadbiran serta memberi peluang pegawai-pegawai utama universiti dan pensyarah menceburi sukan boling.

Pertandingan tersebut bakal diadakan dengan ketetapan seperti berikut : 

Tarikh : 14 Januari 2017 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Mega Lanes, Megamall Pinang Seberang Jaya, Pulau Pinang

Borang serta maklumat lanjut kejohanan boleh di muat turun di ruangan borang atau klik SINI. 

Semua yang berkelayakan adalah dijemput menyertai pertandingan ini dan semua warga kampus memberi sokongan kepada pasukan dari zon masing-masing.