FB BANNER WEB

Sekilas Pandang

MAKLUMAT UMUM

NAMA : Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK)

ALAMAT: KKSSK, Rumah Persatuan, Kampus Kejuruteraan, USM, 14300 Nibong Tebal, SPS, Pulau Pinang.

EMEL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

URL: kkssk.eng.usm.my

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Menyatukan semua staf USM Kampus Kejuruteraan di bawah satu wadah tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
  • Membantu ahli KKSSK di dalam hal-hal kebajikan bila ditimpa musibah seperti kematian,sakit/masuk wad,kebakaran dan sebagainya.
  • Meraikan ahli di dalam hal berkaitan perkahwinan, sukan,kejayaan anak ahli di dalam peperiksaan dan lain-lain penglibatan ahli dengan memberikan sedikit sumbangan keraian.
  • Mengeratkan hubungan di antara staf USM Kejuruteraan melalui aktiviti sukan, riadah dan rekreasi.

AKTIVITI/PENGLIBATAN

  • Sukan Antara Jabatan (SUKJAB) :

Paintball,Badminton,Pingpong,Tenis, Sepaktakraw,Bolajaring,Bolatampar,Boling & Futsal

  • Anjuran Pertandingan

Memancing Terbuka USM, Badminton Daerah, Mountain Bike, SUKAD dan lain-lain.

  • Rekreasi / Lawatan

Jom Santai di Lata Sedim, Kembara Iktibar Vietnam, Melancong ke Singapura, Lawatan Ke Beijing

  •  SUKUM

Mengetuai Kontingen untuk SUKUM di UMT Terengganu dan di UUM, Kedah.

  • HARI WARGA STAF 

Mengetuai kontingen USM Kejuruteraan ke temasya Hari Warga Staf 2013 di USM Induk

KEJAYAAN DICAPAI

  • KKSSK telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Malaysia pada tahun 2008.
  • Seramai 18 orang ahli KKSSK telah menawan Puncak Kinabalu pada tahun 2009.
  • Menubuhkan arena Paintball di dalam Kampus Kejuruteraan USM.
  • Menubuhkan anak syarikat Koperasi KKSSK Pulau Pinang Berhad pada tahun 2010 dan memulakan perniagaan pada tahun 2012.

PERANCANGAN SEMASA

  • SIRI JELAJAH PHUKET - KRABI - HATYAI PADA DISEMBER 2013
  • MELANCONG KE BEIJING PADA MAC 2014